Pembimbing Rakan Sebaya

MATLAMAT

Melahirkan PRS yang berkemampuan membantu rakan sebaya secara positif, berkesan, berkemahiran dan berketrampilan antaranya:

  1. membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan murid.
  2. membina murid yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.
  3. memupuk potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbang rasa, rela, taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.
  4. melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku di kalangan pelajar.

FALSAFAH


“BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN”


VISI

Sistem pengurusan Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti.


MISI

Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.


ETIKA PRS

Sebagai PRS mereka perlu sentiasa ingat dan patuh kepada etika, iaitu:

  • Amanah dan menyimpan rahsia.
  • Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
  • Memahami batasan dan keupayaan diri. 
  • Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
  • Melapor kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling tentang kes yang boleh merosakkkan diri dan/atau orang lain.
  • Merujuk kes rumit kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling
  • Mematuhi peraturan sekolah, dan norma masyarakat dan agama.





No comments:

Post a Comment